Saturday, June 11, 2011

Kenapa PEKIDA mahu saman Pengarah KL Gangster dan Kong Si..?

inikah gaya perjuangan PEKIDA..?

PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.

"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.

"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.

Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.

"Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu.

"Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat," ujarnya kesal.

Tambahnya, dia memahami kedua-dua pengarah muda ini mempunyai perjuangan dalam memeriahkan industri filem tanah air, namun tidak seharusnya mengambil jalan dengan menjatuhkan imej pertubuhan tersebut.

"Kedua-dua filem itu bukan sahaja tidak menghormati kami, malah memberi pandangan buruk kepada masyarakat tentang perjuangan sebenar Pekida.

"Kami pada awalnya berdiam, namun kemunculan filem KL Gangster membuatkan kami seperti dicabar untuk bangkit mendapatkan penjelasan selain mengambil tindakan," jelasnya.
Sehubungan itu, pihaknya akan merujuk perkara berkenaan kepada Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula.
Pertemuan itu kata Shikin telah diaturkan di pejabat LPFM di Putrajaya, Jumaat (hari ini) pada pukul 4 petang.

Sumber: mStar

Bolehkah kalau gua nak mempersembahkan segala bullshit yang ada dikotak pemikiran gua..?Begini :-

-Kebanyakan filem-filem Malaysia diadaptasi dari sketsa realiti kehidupan masyarakat Malaysia.

-Sesebuah filem tidak mampu mempermainkan atau memperkotak katikkan perjuangan sesebuah pertubuhan, dan perjuangan sesebuah pertubuhan itu kebanyakannya diperkotak katikkan oleh ahli mereka sendiri.

-Tindakan/tingkah laku ahli pertubuhan mampu mencerminkan bagaimana perjuangan pertubuhan.

-Kenapa perlu meminta nasihat dari PEKIDA untuk menerbitkan filem ini kerana filem ini tiada langsung berkait dengan PEKIDA mungkin boleh dianggap kebetulan kerana menggunakan istilah "abang Long/Ayahnda"..tak silap gua, perkataan PEKIDA pun langsung tak ada dalam filem ni..atau perlukah golongan-golongan Melayu tradisional di saman kerana menggunakan Istilah ayahnda yang kebetulan merupakan salah satu kata kunci didalam PEKIDA..?

-Petikan ini "Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri," .. Adakah dunia gangster itu adalah sebuah rahsia PEKIDA..?jika YA, maka benarlah perjuangan PEKIDA sama seperti yang tertayang didalam kedua dua buah Filem itu..

Maka, kenapa perlu melatah..?

gua sebenarnye tak berminat nak menonton 2 buah filem ni..tapi disebabkan petikan berita atas ini..gua gagahkan kaki untuk menonton 2 filem bodoh ni dan seterusnya gua kerugian beberapa note Ringgit Malaysia yang boleh gua belanjakan ke arah sesuatu yang bermanfaat kepada diri gua sendiri..cilake betul..






Thursday, May 19, 2011

Hilangnya tidur entah kemana

Kejadah ape gua mengalami kesukaran untuk mendapat nikmat tidur di malam hari..Gua cuba cari faktor-faktor yang menyebabkan gua sukar tido malam..

Adakah gua ni ade pertalian darah dengan Batman atau keluang man? Gua rase xde, sebab mak bapak gua bukan berdarah America mahupun Johor.. Jadi faktor pertalian darah da boleh tolak tepi.. Mungkin kecik kecik dulu gua kenan dengan si pungguk kot, tapi gua x pernah pulak bersahabat dengan binatang..Jadi x mungkin gua rindukan bulan.. Faktor pergaduhan suami isteri la rasenye..eh, seingat gua, gua belom kawin lagi.. Jadi gua bebas dari faktor penyebab insomnia.. But it still happen..waddehee..?

Aah.!!Sudahlah, gua pun x mahu terus menerus beremosi dengan komputer.. Lebih baik kalau gua terus meredah sisa malam mencari nikmat tidur yang selama ini telah hilang dari malam gua..

chow...

Wednesday, May 18, 2011

Hantu Ulek Mayang

Gua jalan pusing-pusing youtube tadi gua ade jumpe sesuatu..sesuatu yang buat gua terhenti dan menekan butang play.."Ulek Mayang".. "aww, traditional" detik hati gua.. Kencing gua cakap kalau sape yang ade DNA Melayu dalam diri tak pernah dengar lagu ni. Gua rase lagu ni sangat seronok untuk didengar..gua pun tak tau kenape..gua dapat tahu yang terdapat banyak versi lagenda disebalik lagu ni dan yang dapat gua pastikan Lagenda Budak Setan tiada langsung kena mengena dengan lagu ni dan gua tak rase yang Ayu pernah berduet dengan Kasyah menyanyikan lagu ni..gua dengar cerita jugak, katenye lagu ni berhantu, dan "Mayang" itu sendiri adelah kelapa berbunga yang digunakan untuk menghalau semangat..sebab itulah XPDC mencipta lagu Semangat Yang Hilang setelah semangat itu dihalau pergi menggunakan Mayang tersebut..Ah, gua x percaye..Gua cube mencari kebenaran disebalik lagu ni..Setelah gua amati,dengari, dan hayati lagu ni..gua dapat rase lagu ni memang penuh dengan semangat..dan semangat tu da masuk kedalam badan gua dan effect die, gua jadi amat mengantuk..sudahla cuaca diluar hujan sejuk..elok sangat lah kalau disulam dengan barang setidur dua..

Tuesday, May 17, 2011

Sudahlah memandu perlahan,berlagak pula seperti laju.

Tadi petang, setelah selesai menghadiri mesyurat agong sebuah organisasi politik di seremban gua balik menumpang kereta member gua.. sedang asyik kitorg menongkah arus jalanraya, tiba tiba stim pemanduan member gua tersentak sentak..dekat 2 minit jugak la kereta depan kitorang mempamerkan pemanduan bawah 60km/j di lorong kanan sekali..gua da ilang sabar..gua turun kereta, gua kejar kereta depan tu sambil berlari, terus gua bagi 1 flying kick..kereta tu terbalik..permandu dia muka cemas, lebih2 lagi nampak muka gua yang tengah merah..gua cabut rim dia pakai jari jemari mulus gua..gua buang dalam longkang tepi highway..kereta2 lain x berhenti,takot mungkin..gua kembali meneruskan perjalanan bersama member gua..

ape yang gua nak sampaikan kat sini,kalo da bawak slow tu,duduk la lorong kiri..kalau x silap gua,dalam ops sikap dulu, memandu perlahan dilorong laju pun adela salah 1 kesalahan trafik..so, pandai2 la pilih lorong..demi menjaga hati dan perasaan pengguna jalanraya lain..

Monday, May 9, 2011

Pagi Selasa gua yang panjang

Tadi pagi gua lepak maple dengan member gua tonton game liverpool .gua bukan la peminat liverpool,tapi memandangkan dah diajak oleh member gua,gua ikot kan je la..ape ade hal,as long die bayar gua punya nescafe tarik..setelah mendapatkan port yang agak sesuai untuk menatap skrin 50" berjenama SONY bersebelahan dengan table awek berbaju Roxy, gua dengar ade 1 brader ni memekak2 marahkan pelayan maple yang berbangsa indon.."ah,salah amek order la tu" bisik gua, "xpn mesti tengah mabok" tambah member gua .
30 minit kemudian, sedang asyik gua menatap gigi arnab Suarez, gua terdengar jerit2 dekat tempat duduk luar maple tu, tepat datang dari arah brader yang memekak tadi..gua toleh kepala,gua nampak ade la dalam 3-4 orang brader melayu tengah bertekak dengan tokey maple tu..agak tegang jugakla..awek sebelah table gua da menangis2..dengan gaya jalan Farid Kamil dalam Lagenda Budak Setan, gua pergi kat table sebelah dan terus dakap kepala awek tu kat dada gua..sambil membelai2 kepala awek tu,gua bisik dekat telinga dia,"dont worry,abang ade"..tiba2 gua tersentap, tokey maple tu bergegas ke kaunter..ambil kunci kereta..sambil melaungkan amaran dekat brader ala2 mafia italy tu.."u semua tunggu, u ingat u gangster sini kan..?u tunggu..kita tengok siapa lagi gangster"..sejurus kemudian, laungan enjin Mercedes S Class tahun 2009 bergegas laju dari kedai itu..lepas gua tidurkan awek table sebelah tu, gua pusing pandang table brader melayu gangster tadi..ade perbincangan kecil nampaknye..gua expect ade pertumpahan darah seperti yang berlaku di Syria ni..dan sekelip mata,kesemua brader gangster tu angkat kaki lambung masuk ke kereta mereka.."eh,tadi gaye gangster bebeno..ni lari pulak" kata2 dari member gua..
setelah diamati..kejadian itu berlaku kerana brader gangster tu xnak bayar ape yang diorang makan..dan kebanyakan mereka berada dalam keadaan mabok..gua tertunduk malu, kerana dorg sebangsa dengan gua..tapi gua pelik,mane hilang telor brader melayu ala2 mafia sicily tadi..?datang kedai orang,buat2 gangster dan lari apabila disergah..dan,Cilaka ape, gua terlepas tengok gol ke 3 Maxi Rodriguez..

Tuesday, April 12, 2011

BPL dalam UCL

assalamualaikum..

jom borak sikit psl game minggu ni..
tp game apo..?
xkan nk borak psl kehebatan liverpool membelasah Man City..? ahh..game itu hanyelah sekadar diantara "kelab bersejarah" dan kelab baru belajar "membeli belah",yg dianjurkan oleh JKKK Anfield Road untuk menghiburkan penduduk england yg berkapasiti 51,446,000 org..game domestik..!!game dlm kampung bak kate org Jemapoh..!! ape gune bergaduh sakan pasal merebut slot ke Europa League season depan.? kelihatan bangang kan..?! memang bangang..!!
arsenal vs blackpool..? lg la xseronok..n ak percayebarisan pemain belom akil baligh arsenal menganggap perlawanan itu x ubah seperti pemanas badan sebelom lawan kelab bersejarah ujung minggu ni..ceh..lg seronok tgk Liga Hoki TNB.
Abaikan game ujung minggu Man Utd bersama Fulham, memalukan apabila kalah kepada team dimana pengurusnya hanye menggunakan henpon utk mengemudi pasukan dan memenangi perlawanan walaupon umur beliau hampir sebaya dengan Nik Aziz..
Man Utd vs Chelsea..UCL.? ya..itulah yg patut dibualkan..
Game yg terbaik dlm UCL season ni..kenape game terbaik..? kerana ini adelah game diantara 2 team yg mendominasi BPL sejak sedekad ini..2 team yg tamakkan kejuaraan..2 team yg bersaing sesama sendiri di peringkat domestik dan europe..2 team yg turun ke padang berazamkan kemenangan dan bukan hanya untuk mempersembahkan corak permainan yg menarik semata2..tgk game mlm td..?2 team yg berbalas gol dlm tempoh x sampai 1 minit.!!ini barulah dikatekan perlawanan Liga Juara Juara diantara juara..!! bkn antara team yg mempunyai kekalahan 12 kali dalam satu season yang hanye bersandarkan pada kenangan2 manis tp dengan Braga pn kene ayam (dasar Ayam Brand)..juga bkn melawan Arsenal yg mempunyai corak permainan secantik wajah Lisa Surihani tp xreti menjaringkan GOL..dasar team x matured yg x kenal erti klimaks..
A Standing Ovation for chelsea sbb telah menghiburkan kami penyokong setia Manchester United, menghidangkan kami dengan persaingan sengit saban tahun didlm semua kejohanan...mungkin kali ini nasib masih belum menyebelahi chelsea dlm kejohanan UCL atau dlm kate lainnye, chelsea masih belom layak utk mengangkut piala sebesar tong gas petronas itu ke Stamford bridge..
Harapan agar Chelsea lebh tabah mengharungi sisa2 season yg mendatang, dan berazam penuh untuk memberi tentangan yg hebat kepada Red Devils di tahun mendatang..dan semoga semangat daya saing Chelsea yg jitu ini akan menjadi contoh dan tauladan yg baik kepada pasukan2 lain untuk menjadi lebih baik dimasa hadapan..juga contohi lah chelsea yg telah menderma sebanyak 50juta Pound kedalam tabung Bersamamu Liverpool, demi membantu pembangunan kelab tersebut yg telah terbantut akibat dibanjiri dengan slogan2 bodoh dikalangan The KOP seperti "This is Our Season"(bile season ko jang..?),"YNWA" dan "this is anfield"..semoga KOP tidak terus hanyut didalam kenangan2 manis..
Salam Sayang dari,
Wayne "The Rudeboy" Rooney..

Friday, January 21, 2011

Say Hello To Us All


Asslamualaikum wbt n hello...

wahh...ni wa punye 1st blog entry..!!in dis blog,wa da plan nk talk pasal semua bende yg telintas kat kepale wa..wa ni byk sgt fikir n kebiasaannye bende yg wa fikir adela bende yg wa tebace kat sokabar o web sesawang..baik dr segi isu semasa, politik, sukan dan yg sewaktu dengan nye lah...wa ni open pade constructive critism..sape yg xsuke komen2 yg membine ye dok..?n pade komen2 mengondem tu nt,wa try jugaklah utk meng'open'kan diri wa ni...

sekian sajelah utk 1st entry wa,